, Jual Beli Cicak Tokek: Cara Pelihara Cicak Tokek

Jual Beli Cicak Tokek

Cicak tokek | Cicak tekek | Tokay gecko | Tawaran pd pemilik tokek oleh peraih tokek atau buyer dgn harga pasaran cicak tokek di Malaysia terkini dan tertinggi | Harga tokek tertinggi.

  • Cicak tokek | Cicak tekek | Tokay gecko | Tawaran pd pemilik tokek oleh peraih tokek atau buyer dgn harga pasaran cicak tokek di Malaysia terkini dan tertinggi | Harga tokek tertinggi.
    Saya pemborong / pembeli Cicak Tokek yang akan uruskan jual beli Cicak Tokek Di Malaysia khasnya dan Asia Amnya ke Negara EROPAH, tawaran pembelian Cicak Tokek dgn harga ikut matawang RINGGIT MALAYSIA (RM) dengan HARGA CICAK TOKEK TERKINI DAN TERTINGGI serta beberapa syarat yang perlu Tokek Owner ( penjual / pemilik Cicak Tokek ) patuhi. 019-771 4063 (Mas Tokay)

Cara Pelihara Cicak Tokek

Posted by Mas Tokay Said : On 12:12 AM


PEMELIHARAAN TOKEK/TOKAY/GECKO SUPAYA TIDAK STRESS & CEPAT MENAMBAHKAN BERAT:
  1. Jangan gunakan sangkar yang diperbuat dari besi atau kaca (aquarium). Tokek lebih suka hidup didalam sangkar kayu atau buluh, sebab paling dekat dengan alam semulajadinya. Tokek akan lebih cepat sesuaikan dirinya, dan tidak stress.
  2. Jangan gunakan sangkar yang terlalu besar, tokek akan cepat stress. Cukuplah hanya sekadar sedikit ruang untuk tokek bermain, masukkan buluh kedalam sangkarnya untuk tempat dia bersembunyi apabila rasa terancam oleh bunyi bising atau orang ramai.
  3. Tokek adalah binatang yang sangat bersih dan tidak suka sangkarnya kotor. Ia akan membuang najis di tempat yang sama setiap hari.
  4. Jauhkan sangkarnya dari tempat yang terlalu terang, sebaiknya tutup sangkarnya dengan jarring hitam seperti yang selalu digunakan di nursery (kedai pokok bunga).
  5. Jauhkan dari tempat yang selalu berasap.
  6. Jauhkan dari bunyi bising anak-anak jika anda membelanya di kediaman anda.
  7. Cahaya terang, asap, bunyi orang bercakap atau menjerit, bunyi radio, akan membuat tokek belaan anda stress dan akan melambatkan penambahan berat dan pembesarannya walaupun pemakanannya terjaga.
  8. Jangan sesekali berbincang tentang harga tokek dihadapannya, kerana ia akan bunuh diri atau mati maka anda akan kerugian besar. Bunyinya macam pelik tetapi percayalah kerana telah terbukti oleh banyak kes yang telah berlaku, bukan sahaja di Malaysia tetapi di Negara-negara lain juga.